Saya menonton filem Ong Bak 2 semalam. Filem yang menarik. Penuh aksi. Betapa jauh ketinggalan filem kita yang asyik berkisar soal cinta dan lawak bodoh yang kadang-kadang diorang taknak mengaku sebagai lawak bodoh. Ye la, orang bodoh tak kan nak mengaku sebagai bodoh. Bodoh lah dia.
Yang saya nak ceritakan bukan pasal filem Malaysia, saya bukan orang filem tapi dari kalangan marhaen yang menilai filem mengikut pandangan saya sendiri sebagai peminat filem.
Ong Bak 2 mengisahkan seorang pemuda yang membalas dendam kematian kedua ibubapanya kerenah raja yang gila kuasa. Pemuda ini semasa kecilnya terpaksa melarikan diri setelah melihat bagaimana ibubapanya dibunuh. Dia dibela oleh Raja Perompak yang berhasrat untuk melantik anak ini menggantikannya sebagai raja apabila dewasa.
Semasa menjadi anak angkat Raja Perompak, segala ilmu pendekar dipelajarinya hinggalah dia layak memimpin kumpulan berkenaan. Di hari pemuda ini ingin diistiharkan sebagai pengganti Raja, si pemuda meminta untuk ditangguhkan sehingga beliau dapat membalas dendam terhadap pembunuh kedua ibubapanya.
Si pemuda berjaya menceroboh masuk kedalam istana dan berjaya membunuh raja. Dia kembali ke hutan tempat persembunyian Raja Perompak untuk menyertai semula kumpulan itu setelah misi membalas dendamnya terlaksana.
Setibanya di sarang perompak dia diserang oleh sekumpulan pendekar yang berpakaian menyerupai pembunuh ibubapanya. Dalam pertarungan itu dia tercedera teruk. Tiba-tiba muncul raja yang disangkanya telah mati dibunuhnya. Si raja datang bersama pendekar-pendekar baginda dan memaklumkan bahawa pembunuh sebenar ibubapanya ialah Raja Perompak bukannya baginda.
Akhir cerita, si pemuda mati dibunuh raja.
Walaupun penonton mungkin tidak bersetuju cara cerita ini ditamatkan kerana sepatutnya filem ini berakhir dengan kematian raja. Tetapi ia tidak boleh ditamatkan begitu. Mayarakat Thai tidak boleh menerima penamatan cerita secara itu. Raja amat disanjungi. Tahap raja amat tinggi sehingga mendekati tuhan. Walau apa pun perbuatan salah lakunya, dia tetap raja, dia tetap menang.
Berbeza dengan kita, kesediaan Sultan Perak menerima kerajaan baru telah melahirkan ramai Jebat di khalayak rakyat Perak. Dua pihak bertelagah merebut kuasa, rakyat menjadi mangsa. sultan mula dicabar wibawa.
Yang sedihnya, Melayu bercakaran sesama sendiri. Masing-masing >menegakkan benang yang selalunya basah”. Hasilnya nanti jadilah seperti “belacan dikerat dua: yang pergi busuk, yang tinggal hanyir”. Kedua-dua pihak mendapat malu kerananya walaupun kita tahu orang-orang politik ni malunya memang tiada.
Memanglah benar kita bukan orang Thai, kita tak perlu ikut cara mereka tetapi “janganlah air besar di lurah orang di bukit yang hanyut” . Rakyat yang tidak bersalah jangan disengsarakan.
No comments:
Post a Comment