Tuesday, January 27, 2009

Malaysia ku

Slogan Air Asia yang sering kita dengar adalah "Now everyone can fly." Teruja dengan slogan tu, kita pun tempahlah tiket.. Mak oi.. semua kena bayar hinggakan nak bawa barang kena bayar, nak masuk dulu pun kena bayar,

Rasanya, "bertandang ke rumah janda" pun baik lagi. Walau tak dijamu apa-apa, tak lah kena bayar semuanya.

Bijak betul dia meniaga. Banyak sangat kos sembunyi yang kita tak perasan. Macam telco lah gamaknya. Besok-besok, nak buka tingkap kapalterbang, kena “sight seeing fee”. Nak bertanya dengan stewardess kena “consultation fee”
Nak tengok senyum stewardess, kena 'smiling fee'. Nak mengurat, kena ' pimp fee.'

Apa pun tiket tetap murah. "Now everyone can fly."

Tapi tak lama lagi nak masuk airport, kena 'entrance fee'. Nak duduk, kena 'sitting fee'. Nak berjalan dalam Airport, kena 'walking fee'. Nak ke tandas, 'maintenance fee'.

Nak beratur beli tiket, kena 'queuing process fee'. Nak troley, kena 'troley service fee'. Nak guna tangga kapalterbang, kena bayar 'take-off fee'.

Pasal apa. Pasal tak lama lagi slogan Air Asia kena tukar >Now everyone can own airport. Bukan ke sekarang ni timbul isu hangat… LCCT kat Labu. Sime Darby kata mereka hanya jual tanah dan Air Asia yang akan membina Airport.

Air Asia ni macam kacang lupakan kulit, dulu mintak LCCT kerajaan dah buatkan. Sekarang kata LCCT kat Sepang tu tak sesuai lah pulak. Mintak yang lain. Orang lain tukar kereta, dia tukar airport. Bini dia tak tukar ke.

Air Asia ini nampak gayanya semua yang dimintak dapat. Mintak laluan MAS, dapat. Mintak tiap-tiap hari slot awal sebelum MAS, pun dapat.

Tapi dia kata kerajaan bantu MAS je.

Mintak Rural Air Service (RAS), dapat. Kemudian serah balik.. tak untunglah tu.
Tak mahu bayar MAS maintenance, Penerbangan Malaysia Berhad bayarkan. Tak banyak, RM80 juta ja. Tak mahu bayar Airport charges, tak apa RM110 juta saja. Mintak diskaun, dapat.

Tapi dia kata kerajaan bantu MAS je.

Tak mahu buka counter lebih, salahkan airport sebab buka gate sikit.
Tak peduli orang beratur dan tunggu lama, salahkan Airport kecik.
Tak kisah delay, salahkan airport.
Tak mahu pakai Aerobridge, dapat jalan atas tarmac (walaupun salah dari segi undang-undang).

Tapi dia kata kerajaan bantu MAS je.

Minta lebarkan airport dapat juga. Dah dapat tak mahu pakai. Peduli apa, bukan mak bapak dia keluarkan duit (sebulan saja guna airport Ipoh.)

Tapi dia kata kerajaan bantu MAS je.

Akhirnya sekarang ni nak buat airport, mula-mula macam susah nak lulus tapi percayalah, akhirnya lulus juga. UMNO dan rasuah kan "bagai beliung dengan asahan" .Sinonim sudah. Maka harapan untuk lihat kapalterbang berlanggar di udara, tentu dapat.


Betul dia kata, kerajaan bantu MAS je.

No comments: