Tuesday, June 23, 2009

Orang Asli

Berita TV3 jam 1.30tgh tadi memaparkan pertelingkahan hakmilik tanah antara orang asli dengan Jabatan Hutan Negeri Selangor. Masing-masing menghujah mempunyai hak . Kita tak tahulah siapa benar siapa tidak. Siapa betul siapa silap. Biarlah mereka selesaikannya sendiri, cuma kat sini kita nak sebut bab-bab Asli ni aje.

Sepaham kita, kalau ada yang asli, tentu ada yang tidak asli. Asli maknanya asal. Ori kata orang sekarang.

Semua orang nak yang ori. Harga mahal pun tak pe, janji ori. Zaman sekarang ni, susah nak beza yang ori dengan yang tak ori. Satu ketika dulu kecoh pasal rantai motorsikal tak ori yang dijual di Malaysia. Ikut kata company Jepun yang keluarkan rantai berkenaan, rantai tak ori ni bahaya. Mudah putus. Tapi kita heran juga, Dah lebih 25 tahun yang tak ori ni dijual sebagai ori.. okkk je.

Berbalik kepada isu orang asli yang tuntut tanah tadi. Kalau ada orang asli tentu ada juga orang yang tak asli di Malaysia ni. Terutamanya di Tanah Melayu sebab di Sabah/Sarawak kita tak disebut orang asli. Kita sebut Anak Negeri.

Orang Asli tentu mempunyai hak-hak istimewanya yang tidak boleh digugat oleh sesiapa. Macam orang Melayu. Ada hak istimewa yang dijamin oleh Perlembagan. Tapi orang Asli tu Melayu ke? Atau orang Melayu tu Asli ke?.atau orang Melayu = Orang Asli?

Agak-agaknya, siapa lah yang tak asli tu….

Kalau bincang bab asli jenis ni ramai yang takut nak mengaku sebagai asli. Takde klas. Kita lebih rela ngaku sebagai origin. Origin asal dari perkataan ori lah juga. Ori tu sinonim pulak dengan asli. Pi mai pi mai tang tu juga.

Agak-agaknya menteri wanita dari MCA yang kata orang Melayu adalah juga pendatang di Tanah Melayu pun paham asli tu macam tu gaknya.

Tuesday, June 16, 2009

Durio zibethinus Murr


Saya pilih tajuk yang pelik sikit. Ianya nama saintifik bagi sejenis buah. Kita semua makan buah ni tapi berapa kerat dari kita yang tahu nama sanitifiknya. Nak sebut namanya pun susah. camana nak ingat. Ye tak?

Buah yang saya maksudkan ialah buah durian. Musim durian datang lagi. Satu ketika dulu durian dikatakan raja buah. Tak taulah kenapa dikatakan begitu. Harganya mahal kot. Atau mungkin rasa atau baunya sedap. Bagi sesetengah orang baunya sedap. Bagi sesetengah orang lain pula, baunya amat menyiksakan. Sebab tu, hotel tak benarkan buah ni dibawa masuk ketempat mereka. Raja atau tidak, tak kira. Tak boleh masuk juga. Kalau di Sabah, selain buah durian, buah tarap pun kena ban juga.

Di awal tahun 90an dulu, buah durian cukup mahal di Sabah terutamanya KK. Saya masih ingat sebiji buah berharga RM45.00 dijual di Tong Hing Supermarket, masa tu supermarket ni ada kat Kompleks KWSP. KK. Orang berduit ja yang sanggup beli.

3 tahun dulu, semasa saya bertugas di Parlimen, kisah durian dibawa masuk dewan . Masuk pasal harganya jatuh. Macam pelik bunyinya. Ayam, gula, tepung masuk dewan bila harga naik. Durian masuk dewan bila harga jatuh. Di sesetengah tempat, cthnya kat Johor, ketika tu harga durian 50 sen sekilo. Itupun boleh makan kenyang2 dulu baru beli. Bayar yang nak bawak balik ja. Yang makan tadi tu kira rasa dulu. Pelik tapi benar.

Di Parlimen, masa sesi soaljawab pasal buah-buahan tempatan, teruklah juga FAMA kena belasah terutamanya isu harga durian di Sabah. Masa tu harga durian di Semenanjung merudum teruk. FAMA dipersoalkan kenapa tak beli saja durian tu dengan harga yang sedikit mahal dan bawa durian tu ke Sabah. Dengan cara ini harga durian di Sabah dapat diturunkan disamping menaikkan sikit harga durian di Semenanjung. Saya juga masih ingat harga durian di KK masa tu sekitar RM6 – RM8 kg. Itu pun kira buah yang kurang Q nya. Yang elok tu mahal giler. Saya kalau nak makan durian pergi Ranau. Harganya murah sikit tapi isi power.

Tak boleh dinafikan durian ni memang sedap. Macam-macam jenis ada. Macam-macam petua juga ada pasal durian ni. Di sini saya perturunkan sedikit petua berkaitan durian. Semua petua saya dah cuba. Semuanya menjadi.

Petua 1 - Nak pilih durian yang dah masak.

Kadang-kadang bila kita beli durian kita minta penjual durian buka sikit, nak tengok isi dulu. Si penjual pun belek-belek durian tu. Gesek sikit kulit durian sana sini dengan parang dia sebelum buka. Bila buka, isinya very good. Kita pun beli dan bawa balik. Sampai rumah, kita pun bukalah durian tu. Rupa-rupanya isi yang baik kat tempat penjual tu buka ja. Di bahagian lain, tak berapa menjadi. Kadang-kadang ada yang belum betul-betul masak lagi. Kenapa jadi camtu? Camana si penjual durian boleh buka tempat yang baik saja?

Rahsianya ialah dengan mendengar bunyi durian tu masa kena gesek. Kalau agak gemersik, maknanya buah dah masak. Kalau takda parang nak gesek, guna hujung kuku pun boleh.Nak bezakan bunyi ni susah lah sikit sebab saya tak boleh buat demo dalam blog ni. Tapi kalau dipraktis-praktiskan tentu dapat bezakan bunyinya.

Petua 2 – Nak pilih durian yang dah masak

Satu lagi cara nak pilih durian yang dah masak ialah dengan cara memegang durian tu elok-elok. Kena pegang hati-hati , tajam duri tu. Cuba goncang sedikit. Kalau ada bunyi macam ada sesuatu dalam durian tu maknanya durian tu dah masak. Kalau tak da bunyi, lupakan ja lah. Pilih yang lain. Durian ni, sifatnya ialah apabila masak isinya akan longkah dan mudah tertanggal dari kelopak. Sebab tu kita boleh dengar bunyi bila digoyangkan. Yang belum masak susah nak tertanggal. Semasa goncang tu kena dekatkan sikit kat telinga sebab bunyinya tak berapa kuat.

Petua 3 – Hilangkan bau

Makan durian bukan boleh guna sudu kecualilah durian aiskrim. Pernah makan durian aiskrim? Setahu saya durian ni saja yang memaksa kita guna sudu bila nak makan. Kita tak boleh pegang macam durian jenis lain sebab isinya macam aiskrim, akan cair dan meleleh kecelah-celah jari. Rasa dia power giler.

Bila guna tangan, tentu bau durian ni melekat kuat kat jari. Cuci dengan sabun pun susah nak hilangkan. Cara paling mudah nak hilangkan bau ialah dengan cara mencuci tangan menggunakan air yang dilalukan terlebih dulu kepada kulit durian. Lalukan air kat kulit yang berduri tu, bukan kat belah dalamnya.

Petua 4 – Elakkan kereta berbau durian

Sebelum dimasukkan durian dalam kereta, hamparkan dulu daun keladi. Cari daun keladi yang besar-besar. Daun keladi jenis kecil-kecil tak main. Letakkan durian atas daun keladi. Kemudian tutup durian tu dengan daun keladi juga. Insyaallah, kereta tak berbau durian. Selain dari daun keladi, boleh juga guna arang, daun pandan, kopi atau roti.

Petua 5 – Elakkan panas badan.

Durian ni sedap. Kadang-kadang makan pun tak pandai nak berhenti. Masalahnya ialah selepas makan badan akan panas. Suara pun boleh berubah. Ada orang perut pun meragam. Cara nak elakkannya ialah dengan meminum air dari kelopak durian. Isi air dalam kelopak durian yang isinya telah pun kita makan tadi dan minumlah.

Selamat mencuba..

Monday, June 15, 2009

Catatan Pengalaman 1 - Mamak

Dalam satu tugasan saya ke Sandakan satu ketika dulu, sekitar tahun 90an, saya perlu berada di bandar kecil ini selama 3 hari. Bagi yang tidak pernah ke Sandakan, kunjungilah bandar kecil ini. Melalui Bandar Sandakan kita boleh mengunjungi Gua Gomantong, gua yang amat besar, tempat dimana sarang burung walit banyak dikutip. Sekarang ni harga sarang burung walit sangatlah mahal, mencecah 18k sekilo gram.

Dari Sandakan juga kita boleh mengunjungi Pulau Penyu di Laut Sulu atau melawat si bayau di Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary.
Sandakan, sebuah bandar kecil di Timur Sabah. Pernah menjadi ibu negeri Sabah semasa pemerintahan British North Borneo sehingga 1946. Selepas WW2, ibu negeri ditukar ke Jesselton, sekarang Kota Kinabalu.

Catatan ini bukan nak cerita pasal tempat-tempat menarik di Sandakan. tetapi nak cerita satu pengalaman menarik saya di sana.

Selama 3 hari di Sandakan, saya bersarapan di satu kedai mamak berdekatan pasar dekat bus station. Menunya sama ja. Teh nai + roti kobra.. Orang Sandakan taulah teh ni. Teh tarik + susu cair. Nak tau rasanya, kena cuba baru tau. "Tak kenal maka tak cinta". Satu lagi teh yang sedap tapi takda kat Semenanjung ni, teh madras.

Roti kobra kalau kena kari yang bagus. Sadap bah. Kalau kat Semenanjung roti kobra ni macam roti banjirlah. Bezanya, roti banjir dibanjirkan dengan dal dan kuah kari ja. Tapi roti kobra special sikit. Telur goreng letak bawah roti. Curah dengan kuah kari + daging sapi. Kuah kari kena campur kas-kas. Sedap bro.
Sesekali boleh cuba.

Kenapa nama dia kobra tak pulak saya tau. Orang Sandakan taulah agaknya.
Berbalik kepada cerita saya tadi. Pesanan saya, menu yang sama untuk tiga pagi berturut-turut tetapi harga yang dikenakan tak sama untuk ketiga2 hari berkenaan. Hari mula2, murah. Hari kedua mahal pulak. Hari ke 3 harganya antara hari 1 dan hari 2.

Pelik dengan harga yang berbeza, saya pun tanya pada mamak tu. Kenapa? Whooh, power bro jawapan dia. Macam jawaban Samy Velu bila kena soal. Kita macam kena terima ja.

Dia kata, “Hari 1, saya murah kira pasal bos baru sini. Saya ofer juga.
Hari 2, saya cover hari 1 punya ofer. Itu pasal ada tinggi sikit.
Hari 3, harga serupa lain orang juga. Standard punya harga. Besok bos datang, saya ini harga juga kira”.


Saya teringat Samy Velu semasa dia jawab soalan kenapa jejantas retak..
“Itu tuhan punya kuasa, saya apa buleh bikin“.

Masa dia jawab soalan kenapa macam-macam bayaran dikenakan kepada pengunjung semasa Thaipusam kat Batu Cave. Parking dahlah mahal, bawa susu pun kena bayar juga. Dia jawab… “ itu bayaran bukan untuk saya, itu tuhan tilah titapkan”.

Sekarang Samy dah takda dalam Parlimen lagi. Taklah meriah macam dulu.

Tapi roti kobra + teh nai masih ada… masih power.

Hingga jumpa lagi…