Tuesday, June 16, 2009

Durio zibethinus Murr


Saya pilih tajuk yang pelik sikit. Ianya nama saintifik bagi sejenis buah. Kita semua makan buah ni tapi berapa kerat dari kita yang tahu nama sanitifiknya. Nak sebut namanya pun susah. camana nak ingat. Ye tak?

Buah yang saya maksudkan ialah buah durian. Musim durian datang lagi. Satu ketika dulu durian dikatakan raja buah. Tak taulah kenapa dikatakan begitu. Harganya mahal kot. Atau mungkin rasa atau baunya sedap. Bagi sesetengah orang baunya sedap. Bagi sesetengah orang lain pula, baunya amat menyiksakan. Sebab tu, hotel tak benarkan buah ni dibawa masuk ketempat mereka. Raja atau tidak, tak kira. Tak boleh masuk juga. Kalau di Sabah, selain buah durian, buah tarap pun kena ban juga.

Di awal tahun 90an dulu, buah durian cukup mahal di Sabah terutamanya KK. Saya masih ingat sebiji buah berharga RM45.00 dijual di Tong Hing Supermarket, masa tu supermarket ni ada kat Kompleks KWSP. KK. Orang berduit ja yang sanggup beli.

3 tahun dulu, semasa saya bertugas di Parlimen, kisah durian dibawa masuk dewan . Masuk pasal harganya jatuh. Macam pelik bunyinya. Ayam, gula, tepung masuk dewan bila harga naik. Durian masuk dewan bila harga jatuh. Di sesetengah tempat, cthnya kat Johor, ketika tu harga durian 50 sen sekilo. Itupun boleh makan kenyang2 dulu baru beli. Bayar yang nak bawak balik ja. Yang makan tadi tu kira rasa dulu. Pelik tapi benar.

Di Parlimen, masa sesi soaljawab pasal buah-buahan tempatan, teruklah juga FAMA kena belasah terutamanya isu harga durian di Sabah. Masa tu harga durian di Semenanjung merudum teruk. FAMA dipersoalkan kenapa tak beli saja durian tu dengan harga yang sedikit mahal dan bawa durian tu ke Sabah. Dengan cara ini harga durian di Sabah dapat diturunkan disamping menaikkan sikit harga durian di Semenanjung. Saya juga masih ingat harga durian di KK masa tu sekitar RM6 – RM8 kg. Itu pun kira buah yang kurang Q nya. Yang elok tu mahal giler. Saya kalau nak makan durian pergi Ranau. Harganya murah sikit tapi isi power.

Tak boleh dinafikan durian ni memang sedap. Macam-macam jenis ada. Macam-macam petua juga ada pasal durian ni. Di sini saya perturunkan sedikit petua berkaitan durian. Semua petua saya dah cuba. Semuanya menjadi.

Petua 1 - Nak pilih durian yang dah masak.

Kadang-kadang bila kita beli durian kita minta penjual durian buka sikit, nak tengok isi dulu. Si penjual pun belek-belek durian tu. Gesek sikit kulit durian sana sini dengan parang dia sebelum buka. Bila buka, isinya very good. Kita pun beli dan bawa balik. Sampai rumah, kita pun bukalah durian tu. Rupa-rupanya isi yang baik kat tempat penjual tu buka ja. Di bahagian lain, tak berapa menjadi. Kadang-kadang ada yang belum betul-betul masak lagi. Kenapa jadi camtu? Camana si penjual durian boleh buka tempat yang baik saja?

Rahsianya ialah dengan mendengar bunyi durian tu masa kena gesek. Kalau agak gemersik, maknanya buah dah masak. Kalau takda parang nak gesek, guna hujung kuku pun boleh.Nak bezakan bunyi ni susah lah sikit sebab saya tak boleh buat demo dalam blog ni. Tapi kalau dipraktis-praktiskan tentu dapat bezakan bunyinya.

Petua 2 – Nak pilih durian yang dah masak

Satu lagi cara nak pilih durian yang dah masak ialah dengan cara memegang durian tu elok-elok. Kena pegang hati-hati , tajam duri tu. Cuba goncang sedikit. Kalau ada bunyi macam ada sesuatu dalam durian tu maknanya durian tu dah masak. Kalau tak da bunyi, lupakan ja lah. Pilih yang lain. Durian ni, sifatnya ialah apabila masak isinya akan longkah dan mudah tertanggal dari kelopak. Sebab tu kita boleh dengar bunyi bila digoyangkan. Yang belum masak susah nak tertanggal. Semasa goncang tu kena dekatkan sikit kat telinga sebab bunyinya tak berapa kuat.

Petua 3 – Hilangkan bau

Makan durian bukan boleh guna sudu kecualilah durian aiskrim. Pernah makan durian aiskrim? Setahu saya durian ni saja yang memaksa kita guna sudu bila nak makan. Kita tak boleh pegang macam durian jenis lain sebab isinya macam aiskrim, akan cair dan meleleh kecelah-celah jari. Rasa dia power giler.

Bila guna tangan, tentu bau durian ni melekat kuat kat jari. Cuci dengan sabun pun susah nak hilangkan. Cara paling mudah nak hilangkan bau ialah dengan cara mencuci tangan menggunakan air yang dilalukan terlebih dulu kepada kulit durian. Lalukan air kat kulit yang berduri tu, bukan kat belah dalamnya.

Petua 4 – Elakkan kereta berbau durian

Sebelum dimasukkan durian dalam kereta, hamparkan dulu daun keladi. Cari daun keladi yang besar-besar. Daun keladi jenis kecil-kecil tak main. Letakkan durian atas daun keladi. Kemudian tutup durian tu dengan daun keladi juga. Insyaallah, kereta tak berbau durian. Selain dari daun keladi, boleh juga guna arang, daun pandan, kopi atau roti.

Petua 5 – Elakkan panas badan.

Durian ni sedap. Kadang-kadang makan pun tak pandai nak berhenti. Masalahnya ialah selepas makan badan akan panas. Suara pun boleh berubah. Ada orang perut pun meragam. Cara nak elakkannya ialah dengan meminum air dari kelopak durian. Isi air dalam kelopak durian yang isinya telah pun kita makan tadi dan minumlah.

Selamat mencuba..

No comments: