Dalam satu tugasan saya ke Sandakan satu ketika dulu, sekitar tahun 90an, saya perlu berada di bandar kecil ini selama 3 hari. Bagi yang tidak pernah ke Sandakan, kunjungilah bandar kecil ini. Melalui Bandar Sandakan kita boleh mengunjungi Gua Gomantong, gua yang amat besar, tempat dimana sarang burung walit banyak dikutip. Sekarang ni harga sarang burung walit sangatlah mahal, mencecah 18k sekilo gram.
Dari Sandakan juga kita boleh mengunjungi Pulau Penyu di Laut Sulu atau melawat si bayau di Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary.
Sandakan, sebuah bandar kecil di Timur Sabah. Pernah menjadi ibu negeri Sabah semasa pemerintahan British North Borneo sehingga 1946. Selepas WW2, ibu negeri ditukar ke Jesselton, sekarang Kota Kinabalu.
Catatan ini bukan nak cerita pasal tempat-tempat menarik di Sandakan. tetapi nak cerita satu pengalaman menarik saya di sana.
Selama 3 hari di Sandakan, saya bersarapan di satu kedai mamak berdekatan pasar dekat bus station. Menunya sama ja. Teh nai + roti kobra.. Orang Sandakan taulah teh ni. Teh tarik + susu cair. Nak tau rasanya, kena cuba baru tau. "Tak kenal maka tak cinta". Satu lagi teh yang sedap tapi takda kat Semenanjung ni, teh madras.
Roti kobra kalau kena kari yang bagus. Sadap bah. Kalau kat Semenanjung roti kobra ni macam roti banjirlah. Bezanya, roti banjir dibanjirkan dengan dal dan kuah kari ja. Tapi roti kobra special sikit. Telur goreng letak bawah roti. Curah dengan kuah kari + daging sapi. Kuah kari kena campur kas-kas. Sedap bro.
Sesekali boleh cuba.
Kenapa nama dia kobra tak pulak saya tau. Orang Sandakan taulah agaknya.
Berbalik kepada cerita saya tadi. Pesanan saya, menu yang sama untuk tiga pagi berturut-turut tetapi harga yang dikenakan tak sama untuk ketiga2 hari berkenaan. Hari mula2, murah. Hari kedua mahal pulak. Hari ke 3 harganya antara hari 1 dan hari 2.
Pelik dengan harga yang berbeza, saya pun tanya pada mamak tu. Kenapa? Whooh, power bro jawapan dia. Macam jawaban Samy Velu bila kena soal. Kita macam kena terima ja.
Dia kata, “Hari 1, saya murah kira pasal bos baru sini. Saya ofer juga.
Hari 2, saya cover hari 1 punya ofer. Itu pasal ada tinggi sikit.
Hari 3, harga serupa lain orang juga. Standard punya harga. Besok bos datang, saya ini harga juga kira”.
Saya teringat Samy Velu semasa dia jawab soalan kenapa jejantas retak..
“Itu tuhan punya kuasa, saya apa buleh bikin“.
Masa dia jawab soalan kenapa macam-macam bayaran dikenakan kepada pengunjung semasa Thaipusam kat Batu Cave. Parking dahlah mahal, bawa susu pun kena bayar juga. Dia jawab… “ itu bayaran bukan untuk saya, itu tuhan tilah titapkan”.
Sekarang Samy dah takda dalam Parlimen lagi. Taklah meriah macam dulu.
Tapi roti kobra + teh nai masih ada… masih power.
Hingga jumpa lagi…
No comments:
Post a Comment