Tuesday, August 31, 2010

Madu


Ramai dari kita suka madu. Maksud saya madu lebah. Bukan madu yang satu tu. Yang satu tu memang pun ramai yang suka. Tapi yang tak suka pun ramai juga. Sebab yang satu tu manis bagi sebahagian orang tapi pahit bagi sebahagian yang lain.

Madu ini tinggi khasiatnya. Abdullah bin Mas’ud meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: ”Gunakanlah dua penawar iaitu madu dan Al Quran”

Abu Hurairah juga pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda “ Barangsiapa yang menjilat madu tiga pagi dalam sebulan, dia tidak akan diserang penyakit yang serius”

Tidak seperti gula, madu tidak mengganggu selaput dinding sistem penghadaman. Untuk memudahkan ia diserap badan, campurkan madu dengan air dan kacau dengan sudu sebanyak 300 kali. Ia mampu membantu memulihkan tenaga dan amat serasi untuk buah pinggang.

Ramai dari kalangan kita tentu pernah beli madu. Ada yang beli madu import. Ada yang beli madu tempatan. Yang tempatan ni biasanya madu dari hutan. Kata mereka ori. Harganya mahal. Kadang-kadang mencecah RM 30.00 untuk satu botol 500ml. Madu hutan biasanya bewarna gelap kerana mengandungi zat kupram, zat besi dan magganese yang lebih tinggi.

Madu import pun dikata ori juga. Madu yang baik dikatakan datang dari Iran. Kenapa? Sebab kandungan airnya rendah. Sekitar 17%.

Kat Malaysia ni madu dijual merata-rata. Dari pasar Chow Kit sampai pasar Kota Kinabalu, madu ada dijual. Kalau kita berjalan ke Kudat jangan lupa singgah Matunggong. Madu sana best. Ori. Harganya pun harga patut.

Oleh kerana peminat madu ni ramai maka permintaannya sentiasa ada dan tinggi. Maka madu tiruan pun menempel pasaran. Bukan saja madu tu tiruan, harganya pun tiruan juga. Mahal macam yang ori. Bukannya apa. Kalau jual murah orang tak nak beli sebab ramai orang percaya bahawa yang murah tu tak ori. Biasalah, orang yang tak ada ilmu selalu kena jual. Jadi penjual madu tiruan ni pun naikkan harga agar madu mereka boleh dijual sebagai madu asli.

Madu tipu ni senang je nak buat. Sahabat saya, saudara Redza, orang kuat HPA Putrajaya pernah beritau. Nak buat madu ni mudah. Ambil air putik nenas, kena blendlah dulu nenas tu, campur dengan gula Melaka. Kemudian campur dengan kapur secukup rasa. Dah siap. Masukkan dalam botol dan dah boleh tipu orang. Kalau ada yang nak buat bolehlah cuba resepi ni tapi janganlah jual. Buat makan sendiri ja.

Dulu pernahlah juga saya kutip madu lebah. Bolehlah saya beritau sikit-sikit camana nak kenal madu asli ni.

1. Madu asli lebih tumpat dari air. Jadi dia tenggelam kalau dimasukkan ke dalam air.
2. Bila dititis atas kertas ia tidak akan meninggalkan kesan apabila dilap.
3. Kepala macis yang terkena cairan madu masih boleh dinyalakan bila digesek.
4. Madu asli akan membentuk heksagon di dalam air yang tak dikacau.
5. Cara paling mudah hidu saja madu tu.. yang ori ada bau anak lebah... tapi tuan-tuan tau ke bau anak lebah tu camana...

No comments: