Thursday, August 12, 2010

Ramadhan ber ziarah lagi.
dan selamat memenuhi Ramadhan dengan amalan yang lebih dari biasa..

Jangan lupa bulan ni ada hadiah untuk kita
Hadiah dari yang maha Esa
Hadiah yang cuma umat Nabi Muhammad yang empunya
Hadiah Malam Lailatulqadar..
Beribadat pada malam ini umpama beribadat selama 1k bulan

1k bulan sama dengan 83 tahun, lama tuu
Hidup pun belum tentu selama tu..

Maka carilah malam istimewa ini
Pesan Imam Al Ghazali, jika Ramadhan jatuh pada hari Ahad atau Rabu
insyaallah Lailatulqadar akan berada pada malam 29 Ramadhan

Itu cuma kebarangkaliannya sahaja
Allah boleh turunkan ia pada malam bila pun
Cuma kebarangkaliannya lebih pada 10 malam terakhir Ramadhan
dan Imam Al Ghazali telah memudahkan lagi pencarian kita

Maka ambillah cuti pada 10 terakhir Ramadhan
Rebutlah hadiah ini
Janganlah bercuti untuk balik kampung saja
Tahun depan belum tentu lagi kita masih ada..

Selamat beramal...

No comments: