Dulu saya ada seorang kawan, kerja kat BPR Tawau, ketua kat situ. Sesekali beliau akan buat lawatan ke pejabat kawan2nya di sekitar Bandar Tawau. Menyambung tali silaturahim katanya.
Satu hari dia bertandang ke pejabat Daerah Tawau. Biasalah pejabat tu. Selalu ramai orang. ‘Ada padi masak, adalah pipit’. Yang tunggu giliran nak jumpa tuan DO pun ramai juga. Letih DO dibuatnya. Nak tolak tak boleh. Nak terima tak larat.
Bila dengar saja ada pegawai BPR nak jumpa DO, terus saja beri masuk, tak payah tunggu giliran. Orang yang ramai2 tu pun tak kisah. Tak pa. Pegawai BPR lah katakan. Tentu ada kes ni. Kalau tidak takkan dia datang.
Tunggu punya tunggu, kawan saya si pegawai BPR ni tak keluar2. Kerani kat luar pun beritau orang-orang yang menunggu. Baliklah dulu. Datang lain kali. Bos sibuk. Ada BPR kat dalam. Sebenarnya dia pun heran, kenapa lama sangat. Tiap kali pegawai BPR datang mesti lama. Bos aku ada ‘hal’ ke.
Rupanya, kata kawan saya pegawai BPR tu, Tuan DO memang suka dia datang. Duduk dalam bilik dia lama2 sikit. Dia letih nak layan macam2 kerenah orang yang datang. Minta macam2. Kalau boleh bulan bintang pun diaorang nak.
Bila suma orang dah balik, Tuan DO pun ajak kawan saya minum kat canteen. Dia kata seronok minum dengan kawan saya pasal kalau dia bayar pun dia bayar minuman dia dengan kawan saya saja. Kalau dia minum sendiri atau dengan staf dia, dia kena bayar satu canteen. Suma orang akan tunjuk meja dia masa towkey minta bayar. Ada orang BPR, orang seganlah sikit nak tunjuk2.
Letih jadi DO ni.. tapi dia untung minum dengan kawan saya pasal kawan saya bayar. SS fund ada.
Kawan saya sekarang ni dah jadi orang besar SPRM kat Putrajaya. Dia ingat ke lagi kisah ni..?
Bercakap pasal DO, suma orang tau kerja DO ni hebat. Dulu-dulu, DO ni macam raja. Kalau buat lawatan, tumbang kambing kerbau dibuatnya. Tapi nak kata camana..’Adat teluk memang menjadi timbunan kapal’.
Saya ambil kisah ni dari seorang blogger otai Husin Lempoyang untuk tatapan suma. Tapi saya trim sikit cerita ni ikut sesuai lenggok bahasa saya. Kisah benar seorang bekas DO yang seronok cerita mengenai kerenah-kerenah manusia khususnya orang India yang berurusan di pejabatnya,.
Di pejabat DO ni, bila cukup bulan dapat gaji, pekerja-pekerjanya terutama piun-piun, kerani-kerani dan dreber-dreber paling resah sekali. Maklumlah, gaji kecik tapi dek kerana nak dapatkan kesenangan berlebihan atau kata orang lama ‘hendak mendapat pisang terkupas’, chetti menjadi talian.
Masa hari gaji itulah peminjam wang suku India chettiar akan datang ke pejabat untuk menuntut bayaran balik pinjaman. Senang ja nak kenal chettiar ni, pakai kain warna putih, payung hitam sangkut kat lengan. Dahi pun ada tanda juga. Bukan hitam tanda sujud tapi putih tanda ada wang.
Bab mintak hutang, chettiar ini pandai memujuk. Mereka lebih terer dari along. Tak main ugut-ugut. Mereka ni lemah lembut dan berhemah. Tidak mudah mengaku kalah. Kalau hari ini tidak dapat, hari lain dia datang lagi sampai dapat bayaran. "Kalau pokok tara bole bayar, bunga kasi dulu. Suppoloh satu juga."
Kadang-kadang tu, bila mintak mereka cakap kuat-kuat, bukannya apa, takut cakap perlahan tak dengar dan ada sikit2 mau kasi malu si tukang hutang.
Itu kisah chettiar, lain pula dengan India yang mahu memohon lesen todi.
DO ni paling tak suka sekali nak keluarkan lesen todi. Peniaga todi ini jual todi kepada pekerja-pekerja buruh India estet. Habis duit buruh-buruh India membeli todi. Bila pulang mabuk sering berlaku pergaduhan dalam rumahtangga.
Nak tahan tak boleh pula. Mereka bukan orang Islam. Pada orang Hindu, minum todi bukan haram walaupun di panggil todi haram. Inilah indahnya masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Peniaga todi ini tahu DO keberatan nak keluarkan lesen. Bila mereka berjumpa DO, punyalah pujuk rayu. Mereka akan merayu sampai memuja dan memanggil tuan DO macam-macam ...
...Tuan lah saya punya mak. Tuanlah saya punya bapak. Kalau mak dan bapak tak kasi sama anak, siapa yang boleh tolong. Saya ada keluarga mahu kasi makan.
Kalau tak jalan juga, mulalah tambah filem Tamil ....
... Anak saya kecik sakit. Mak saya hospital dalam. Nenek rumah kena rompak. ...
Macam-macam drama dan pujuk rayu berlaku.
Agak2nya,sebelum dibentuk kabinet 1Malaysia, Dato Najib mesti macam DO. Ramai yang melobi untuk dikekalkan dalam Kabinet atau yang mahu dipilih masuk Kabinet
... Tok Najib lah saya punya bapak. Datin Rosmah lah saya punya mamak. ...
No comments:
Post a Comment