Wednesday, November 18, 2009

KASIHNYA IBU

Satu hari saya didatangi oleh beberapa orang ibu dan seorang bapa berhubung soal anak-anak mereka yang ditahan polis. Mereka mengemukakan rayuan agar anak-anak mereka tidak dihantar ke penjara. Surat rayuan yang dikemukakan bernada pilu. Pilu seorang ibu. Pilu seorang bapa.

Si ibu dan bapa (dalam kes ni, ibu yang banyak bercakap) kerap mengulangi soalan kenapa anak mereka tidak didakwa. Dah dekat 2 bulan dalam lokap.

“Kalau tak mau dakwa, kenapa budak2 ni masih kena tahan?”.

Tanpa menyusuri latarbelakang kes, kita tentu saja bersetuju bahawa semacam terdapat salahlaku polis kerana masih gagal mengemukakan sebarang dakwaan. Dua bulan bukan tempoh yang singkat. Lebih-lebih lagi dalam kurungan.

Setelah berborak serba sedikit dengan si ibu dan bapa, barulah jelas duduk perkara sebenarnya.

Latarbelakangnya, anak2 mereka ditahan kerana terlibat dengan kes kecurian motorsikal. Keputusan terletak di tangan Menteri samada meneruskan tahanan di penjara ataupun buang daerah.

Pada kita kesalahan mencuri motorsikal tentu tidak memungkinkan mereka ditahan di balai polis begitu lama. Kita faham tahanan tanpa pertuduhan selalunya diletak di bawah undang2 pencegahan. Tapi tak kanlah pulak curi motorsikal nak letak bawah undang2 ni. Curi motosikal cuma kes kecil, dibuat oleh samseng kampong saja. Kita yakin ada kes lain yang lebih besar. Bukan sekadar curi motorsikal

Teka-teki ini terjawab apabila si ibu memberitahu bahawa siasatan polis telah membawa kepada penemuan lebih 80 bangkai motorsikal yang dihumban ke dalam lombong, dan anaknya dipercayai sebagai salah satu dari dalangnya.

Maka kita pun berkata bahawa penahanan yang dibuat polis berdasarkan undang2 dan peraturan.

“Anak saya curi satu ja.. Yang lain tu bukan dia, kawan2 dia”.

Terlihat betapa kasih ibu tiada batasnya. Si ibu sedar anaknya mencuri dan mencuri itu satu kesalahan. Tapi bagi si ibu perbuatan anaknya tidak sebesar mana berbanding yang dilakukan oleh orang lain. Si ibu cuba mengalihksn pandangan kita agar melihat kesalahan anaknya itu sebagai amat kecil. Si ibu begitu mempercayai dan cuba mempengaruhi kita agar turut percaya bahawa anaknya cuma mencuri satu motor saja.

Setelah berbual dengan lebih lama dan setelah pelbagai soalan ditimbulkan, akhirnya si ibu terpaksa menerima hakikat bahawa anaknya seorang pencuri.

“Kalau kena penjara, janganlah dihantar ke Penjara S******. Tuan tolonglah hantar penjara lain. Tak pun buang daerah ja”.

Masih tidak mengalah. Kali ini cuba pula mendapatkan hukuman ringan untuk anaknya.

Penjara yang dimaksudkan oleh si ibu memang terkenal menempatkan samseng dan gangster. Bagi si ibu, anaknya bukan gangster atau samseng. Anaknya budak baik. Curi motor sebiji ja. Kalau buang daerah anaknya masih bebas. Tidak dikurung. Sekurang-kurangnya status banduan tak terlekat pada si anak.

Kepada anak-anak yang muda dan yang dah tak muda. Ingatlah, kasih ibu tiada batasnya. Siapalah kita tanpa mereka

No comments: