Orang susah ada di mana-mana. Di bandar maupun di desa. Cuma sukar kita nak percaya kalau ada orang kata di Putrajaya pun ada orang susah.
Mana nak percaya. 95% warga Putrajaya terdiri dari kakitangan kerajaan. Gaji kakitangan kerajaan pun bukan sikit. Tidaklah besar tapi bukan lah juga di bawah paras kemiskinan. 5% lagi penduduk Putrajaya terdiri dari peniaga dan pekerja syarikat. Maknanya tidak ada orang yang tidak mempunyai pekerjaan akan tinggal di Putrajaya.
Masa hari raya haji, daging korban pun kadang-kadang busuk kerana menunggu orang untuk datang ambil. Soalnya, betul ke di Putrajaya ada orang susah?.
Saya bernasib baik berjumpa orang begini. Saya kata nasib baik kerana saya yakin sebelum ini tidak ada orang susah di Putrajaya. Tiba-tiba saya dapat berjumpa dengannya. Benda yang diluar dari biasa tentulah pelik dan jumpa benda pelik tentulah nasib baik kerana orang yang bernasib baik saja yang akan jumpa benda pelik.
Satu hari, selepas habis kerja saya ke kedai. Bukan untuk beli barang tapi jual barang. Rutin yang saya lakukan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Isteri saya berniaga di Putrajaya. Buka kedai kecil. Berniaga kecil-kecilan. Jual gula-gula. Jual biskut. Jual nasik lemak. Nak rasa nasik lemak power datanglah. Harga seringgit ja sebungkus.
Satu malam adalah satu mamat datang kedai. Lama dia berdiri depan kaunter. Tengok pelanggan seorang demi seorang ambil barang. Bayar. Keluar.
Pelanggan yang datang kemudian pun dia suruh layan dulu.
Saya tak peduli sangat pada dia sebab ada pelanggan lain yang hulug duit. Yang tu kena layan dulu.. Standardlah …towkey.
Bila pelanggan dah tak da, waktu tu kurang lebih dekat jam 10 malam. Si mamat ni pun buka cepu duit dia. Dia taburkan duit syiling atas kaunter . Rupa2nya dia segan kalau orang lain lihat dia ada syiling je.
“ Pak Cik tolong kira duit ni, berapa bji telur saya boleh beli….
Adake muka hensem2 camni dia panggil pakcik. Duit ciput pulak tu. Mau ja saya suruh dia kira sendiri duit tu.
Tapi dek kerana dia tu customer dan customer selalunya ada lebih duit dari saya, saya layanlah juga. Lebih-lebih lagi waktu tu dah agak lewat. Dia buat hal nanti saya juga susah.
Saya fikir mungkin dia nak beli telur untuk makan malam. Saya tolonglah kirakan duit tu. Banyak duit anak dari emak. Jumlahnya bolehlah beli telur 4 biji setengah.
“Cukup ke? Tanya saya.
Dia senyum je,. Saya nampak muka dia macam nak kata tak cukup tapi segan agaknya.
“Saya ada tu je pakcik”. Dia ambil telur dan terus keluar.
“Budak2 tunggu.kat rumah.” Sempat dia beritau saya.
No comments:
Post a Comment