Kawan saya dah bercerai dengan isteri tersayangnya. Saya kata tersayang kerana walaupun dah lebih 6 bulan berpisah, bekas isterinya masih duduk di rumah yang kawan saya beli. Bukan bekas isterinya tak mahu pindah, tapi dia yang tak kasi. Kawan saya duduk rumah lain di KL, menyewa. Apa nak buat, "sayangkan anak, tangan-tangankan, sayangkan isteri cerai-ceraikan". Dulu saya pernah pesan dia, jangan buang apa yang ada..tambah je.
Sebut pasal cerai ni, perkara yang paling rumit nak diselesaikan ialah soal anak-anak. Biar hilang harta jangan hilang anak-anak. Banyak juga kes cerai yang kita dengar berkisar hak penjagaan anak-anak. Masih ingat kisah Raja Bahrin dulu. Beliau terpaksa melarikan anak-anaknya dari bekas isteri yang menetap di Australia. Kita puji dia kerana keberaniannya.
Biasanya dalam banyak kes, isteri mendapat sedikit kelebihan bagi menuntut hak penjagaan. Agak-agaknya kenapalah suami selalu gagal sedangkan pejabat agama pun banyak orang lelaki. Tuan Kadhi pun orang lelaki juga. Kalau tak tentu kena panggil Puan Kadhi. Janggal pulak rasanya.
Bagi kawan-kawan yang ada bunga-bunga nak bercerai tu, fikir-fikirkan lah. Susah bro, kalau anak tak da. Tapi kalau dah nak berlaku juga, nak buat camana. Jodoh pertemuan di tangan tuhan. Inilah perkara halal yang paling dibenciNya.
Ini ada sedikit tip tentang perebutan hak penjagaan. Bila dah bercerai, harta boleh di belah bagi, anak tak boleh.
Alkisahnya, sepasang suami isteri baru bercerai dan tidak mencapai kata sepakat untuk tentukan hak penjagaan anak tunggal mereka. Maka mereka pun pergi ke pejabat agama untuk berjumpa Tuan Kadi untuk meminta nasihat.
Tuan Kadi bertanya pada sebelah perempuan, "Kenapa awak rasa awak yang paling layak bela anak awak tu?"
Perempuan itu menjawab, "Saya yang mengandungkan anak tu, Tuan. Saya yang melahirkan anak tu. Dia keluar dari perut saya."
Jawapan ni memang standard. Orang lelaki memang tak boleh lawan alasan ni. Check mate. Tapi lawan tetap lawan. Agi idup agi ngelaban. Berkerut kening si suami memikirkan apa alasannya nanti. Dia tahu Tuan Kadhi akan bertanya kepadanya selepas ini. Dia sedang memikir apa benda nak goreng Tuan Kadi ni ...
Tiba-tiba dia tersenyum. Tuan Kadi pun bertanya, "Hah ... kamu! Kenapa senyum-senyum.. Bagi alasan kamu kenapa anak itu kamu yang patut bela?"
Dengan confidentnya dia jawab. "Tuan .. Kalaulah tuan ada duit seringgit. Tuan 'masukkan' dalam vending machine. Lepas itu, tuan tekan satu butang pilihan. Keluarlah setin air minuman. Saya nak tanya Tuan. Air tin yang keluar dari mesin tu hak tuan ke atau hak mesin?"
Tuan Kadi menjawab, "Hak saya lah."
Tambah lebar senyum si suami….
Hingga jumpa lagi…..
No comments:
Post a Comment