Dalam satu mesyuarat bersama KSU sebuah Kementerian satu ketika dulu. KSU memaklumkan bahawa dia tidak lagi berpegang kepada kenyataan “boss is always right”. Itu cara lama katanya. Old school, kata budak-budak sekarang. Katanya lagi, sekarang ni kalau ada kesilapan, ketua jabatan yang akan dipertanggungjawabkan terlebih dulu. Bukan pegawai.
Maknanya kalau ada kesilapan disedari telah dilakukan oleh bos, pegawai bawahan perlulah menasihatinya. Kalau ada kepincangan, pegawai bawahan perlulah memaklumkannya. Jangan biarkan kesilapan itu merebak. Kerana bos yang akan menanggung kesilapan tersebut.
Dalam peraturan pun ada disebutkan. Kegagalan pegawai memberi nasihat atau sengaja tidak beri nasihat yang betul kepada bos, boleh mengakibatkan pegawai itu dikenakan tindakan sebagai “tidak bertanggungjawab”.
Masaalahnya ialah kakitangan awam telah terbiasa dengan SYMP. Sejak masuk kerja sampai nak pencen SYMP. Itu realitinya. Dah sebati. Dah jadi "darah daging". Lebih2 lagi takut pulak ada yang menempelak "Cekur jerangau belum habis lagi dah pandai nak bagi nasihat". Lebih ngilu lagi kalau dikata "Darah baru setampuk pinang dah nak memandai".
Sebab itu, arahan bos tetap menjadi keutamaan. Takut ketulahan kalau "menongkah arus".
Bagi sesetengah pegawai , kata-kata “ bos suruh” sering digunakan bagi meyakinkan orang lain bahawa perbuatannya itu betul dan jangan dihalang. Lebih teruk lagi ada yang guna nama bos bagi mendapatkan kerjasama orang lain. Semuanya kerana sindrom SYMP. ‘Boss is always right” dan bos sentiasa perlu didahulukan.
Ada juga pegawai rendah yang apabila immediate bosnya tidak bersetuju dalam sesuatu perkara, akan merujuk pula perkara tersebut kepada bos dia punya bos dengan harapan bos dia punya bos akan bersetuju dengannya. Dan kalau bos dia punya bos bersetuju, tentu immediate bosnya kena setuju juga.
Ialah, immediate bosnya tentu setuju walaupun hati terguris dan terhiris. Semuanya kerana sindrom SYMP ini. Bos sentiasa perlu didahulukan. "Bos is always right". Tapi pegawai rendah ini juga perlu berhati2. Manalah tahu, lahirnya saja bosnya terima dengan baik, tapi "dalam menunduk, dia boleh menyonggeng". LNPT kan ada.
Fenomena ini, kalaulah boleh dikata sebagai fenomena, berlaku dimana-mana.
Cuba pula kita perhatikan dalam banyak mesyuarat, tak ramai pegawai yang rajin bersuara. Sindrom bos is always right di perisakan lagi dengan sindrom “diam tu lebih baik dari berkata-kata”. Bagi mereka "baik dikulum, untung-untung menjadi manikam, manalah tahu kalau dimuntahkan menjadi sekam pula.
Melihat sindrom ini dalam skop yang lebih besar, kita tentu masih ingat kes penahanan bekas mufti sebuah negeri satu ketika dahulu.
Jabatan Agama negeri berkaitan, apabila diasak dengan pelbagai persoalan oleh pelbagai pihak, terus sahaja berlindung di belakang Sultan. Maka keluarlah kenyataan bahawa keperluan mendapatkan tauliah untuk memberi ceramah di negeri berkenaan telah dipersetujui oleh Sultan. Kenyataan ini telah mendiamkan banyak pihak kerana memang sifatnya orang Melayu, tidak menyanggah kata sultan. Mempertikaikan keperluan tauliah tersebut sama seperti mempertikaikan kata sultan. Pantang anak Melayu derhaka. Soal benarkah sultan telah bersetuju dalam isu ini tidak timbul. Sultan tetap benar, “boss is always right” dan bos perlu didahulukan.
Selama mana sindrom SYMP ini bertahan kita tidak tahu.
Cuba pula fikirkan yang ini
Satu hari, seorang kerani, seorang penyelia dan seorang Pengurus keluar bersama untuk makan tengahari. Dalam perjalanan mereka terjumpa sebuah lampu lama. Macam lampu Aladin. Mereka gosok lampu itu, manalah tahu ia memang lampu Aladin.
Tiba-tiba… puff… keluar jin lampu dan berkata “ Setiap orang dari kamu akan ku tunaikan satu permintaan. Mintalah apa sahaja”.
“Aku dulu, aku dulu” kata si kerani dan si penyelia serentak.
“Ok! sebut apa kehendak mu..” kata jin kepada kerani
“Aku mahu berada disebuah istana milikku. Dibina di sebuah pulau yang jauh dari kesibukan. Lengkap dengan segala kemudahan. Aku mahu menghirup udara segar dan berjemur di tepian pantai dengan ditemani wanita cantik sekelilingku.”
Puff…. Si kerani hilang.
Aku pula, aku pula. Aku mahu berada di Caribean, berehat di rumah agamku. Ditemani gadis-gadis cantik. Aku tak mahu ambil peduli lagi kehidupan aku yang sibuk sekarang ni.”
Puff…. Hilang juga si Penyelia.
“Kamu pula, apa permintaan mu” kata jin kepada si Pengurus.
“Aku mahu kedua-dua orang tadi berada di pejabatku sebelum jam dua petang ni”. Katanya serius.
Moral ceritanya… bos perlu didahulukan.
“Boss is always right.,
No comments:
Post a Comment